Monday 28 April 2014

Lupa

Kau pernah dengar tak orang cakap, "what goes around, comes around". Tak pun "what you give, you get back" camtu? Ayat ni memang biasa kita dengar kat mana-mana, time orang kasi kita nasihat ke, time kena bebel dengan cikgu pendidikan jasmani ke, time kena marah dengan mak sebab curi buah manggis kat pokok jiran sebelah ke. Tapi pernah tak kau faham maksud ayat-ayat macam ni? Takkan tak faham, kan? Sekolah mana kau sampai ayat basic macam ni pun tak faham.

Nama aku tak perlulah korang tahu, aku yakin nama aku tak penting dalam apa yang aku nak cakap ni. Aku nak sembang pendek je, yelah korang mana suka baca entri panjang-panjang. Lagi pendek, lagi korang suka kan? Sebab kata orang lagi pendek, lagi deep. Sebab tu korang minat bebenor dengan Fynn Jamal, kan?

Aku nak stori sikit je, dulu aku ada suka kat seorang minah ni. Nama dia pun tak penting, jangan risau. Memang cantik ah dia ni. Budak kelantan, kau expect apa? Nak dijadikan cerita time form 4 macam tu aku dah satu kelas dengan dia. Masa tu la aku rasa bunga-bunga cinta mula berputik dalam hati sanubari aku ni sebab sebelum ni dia kelas pandai je manjang, so aku tak sempat nak usya lebih-lebih. Tak taulah pulak result PMR dia berapa sampai boleh jatuh mendadak sampai turun kelas, satu kelas dengan budak bangang macam aku (dulu la, sekarang aku dah ada wawasan).

Ok, masa form 4 kitorang memang tak rapat sangat, naik form 5 kitorang dah mula rapat. Aku perlu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Umar kerana menyatukan kami dalam satu kumpulan perbentangan dalam kelas BM. Time tu kitorang kena bentangkan cerpen apa benda entah, pasal laki bini yang hidup miskin dan anak yang dah berjaya kat Kuala Lumpur. Macam mainstream sangat plot cerpen komponen sastera ni, dalam tivi pun banyak jugak cerita macam ni. Mungkinkah cerpen ini merupakan pembawa cerita ibu bapa miskin dan anak lupa diri ke kaca televisyen?

Dalam cerita tu, aku dapat watak anak durhaka durjana tu sementara minah kelantan tu dapat watak awek kepada anak durhaka durjana iaitu aku. Memang nasib aku baik sebab aku seorang je lelaki dalam group 5 orang tu. Yang watak bapak kepada anak durhaka durjana ni pun terpaksa pakai perempuan pegang, tapi tak apalah sebab muka dia pun memang macam lelaki. Ya Allah jahatnya mulut aku (baru sedar ke?)

Aku tak tau apa jadi, tapi lepas kejadian tu memang aku rapat dengan minah kelantan tu. Kadang-kadang rehat sama-sama, balik sekolah sama-sama. Tapi tak keraplah, kan aku dah taip kadang-kadang kat atas tu tadi? Kenapa? Dia ada pakwe, aku tak suka nak interupt rumahtangga orang lain ni.

Ok, aku nak cepatkan cerita. Satu hari tu, dia whatsapp aku kesedihan. Cakap pakwe dia ada makwe lain dekat Perak. Memang aku tak nafikan makwe-makwe kat Perak pun kebanyakkannya ramai cantik-cantik, tapi kalau minah kelantan ni pun dia tak teragak-agak nak dump macam tu je, agak-agak macam mana cantik awek Perak yang laki tu dapat? Ok, tu bukan persoalan utama di sini. Aku pun semalaman tak tidur memujuk minah kelantan ni supaya dia tak buat kerja bodoh. Aku risau dia akan buat benda bangang macam budak-budak lepasan PMR kat Facebook aku. Putus cinta je nak bunuh diri. Putus cinta je nak toreh tangan. Yang paling bangang pernah aku tengok putus cinta nak lari rumah. Apa kena mengena kau nak lari dari family kau dengan masalah kau dengan pakwe kau? Kau lagi buat family kau carik kau macam orang gila adalah. Dasar selfish. 

Berbalik kepada cerita tadi, memang macam-macam benda lah aku cakap nak pujuk hati dia (chewah). "You deserve better" "Don't waste your precious tears to a douce" "You'll find someone who really care". Segala macam ayat bullshit ni memang aku hantar kat dia la haritu. Kalau dia tak bersyukur ada kawan (friendzoneeeed) macam aku memang aku tak taulah apa nak cakap. Yang peliknya aku perati bila kita nak pujuk orang lain mesti kena pakai ayat English jugak. Bukan aku sorang, aku perasan orang lain pun macam tu jugak. Apahal eh? English is a better language than Bahasa eh?

Aku dok melayan dalam 2-3 minggu, sampai lah satu hari dia hantar kat aku ayat ni. 

"Kau kahwin dengan aku jelah."

Macam orang mengantuk disorongkan bantal, orang lapar disorongkan mekdi, orang bangang disorongkan ilmu, macam tu lah perasaan aku tatkala tu. Seronok dia bukan main, walaupun aku tau ayat tu cuma dalam nada bergurau je. Cepat-cepat aku reply sambil menari samba.

"Boleh je"

"Kau nak ke kahwin dengan aku? Aku ni dah la annoying, kuat bising je. Suka nag tanpa sebab."

"Aku tak nampak sebarang masalah dengan tu, well kau punya nag tu actually buat aku lagi happy kau tau, macam buat hidup aku lebih ceria"

"Should I take that as compliment or a sarcasm?"

"Aku belum cukup power nak bersarcasm bagai ni" 

"So should i take the 'boleh je' as a yes?"

"Absolutely"

*emoji happy oleh kedua-dua belah pihak memandangkan masing-masing tengah excited*

Aku dah malas beremoji "So what are we now?"

"A couple, i guess"

"Should I call you something else, like sayang-anje, kanda-dinda thing?"

"Tak nak. Call me Dear :3"

"No prob, dear. What would you call me then?"

"What do you want me to call you?"

Lama aku berfikir. Benda ni memang necessary sangat ke? "We'll figure this out later, okay?"

"Okay :B" 

*sambung berbalas emoji gembira*

Untuk hari tu, aku berjaya membenarkan satu fakta yang sering disebut oleh member-member sekolah aku. Perempuan cantik kalau clash memang cepat dapat pakwe. Kata orang, rebound relationship ni selalunya tak kekal lama. Entahlah. Belum try belum tahu, kan?

Beberapa bulan selepas tu, kami makin mesra. Tiap-tiap hari kalau tak mesej tak sah. Kami jarang berbual kat telefon. Bazir kredit, kami berdua sependapat. Buat apa berkomunikasi pakai kredit bila kau ada internet? Apa guna diorang cipta Whatsapp Wechat semua tu? 

Segalanya indah-indah belaka. Hari aku ceria, disulami kemanisan cinta. Minda sentiasa menerawang, terbayang-bayangkan dia. 24/7 terfikirkan dia. Apa yang dia tengah buat sekarang? Dah mandi ke belum? Dah makan ke belum? Bila nak dating?

Sampailah satu hari tu, bulan pertama dalam tahun selepas SPM. Benda yang paling aku gusarkan berlaku jua akhirnya. Dia seakan-akan mengelakkan diri dari aku. Bila mesej reply sepatah-sepatah. Bila call tak angkat. Apa yang aku dah buat sampai jadi macam ni? Aku ada silap cakap ke? Aku ada offense dia ke?

Benda ni berpanjangan sampailah satu tahap di mana dia dah tak reply Whatsapp aku, even last seen dia dah lama dari mesej yang aku hantar. Aku patah hati. Apa silap aku? Kenapa dia buat aku macam ni?

Aku dah macam orang takde tujuan nak hidup. Apa dah jadi dengan janji dia nak kahwin dengan aku bila masing-masing dah financially stable? Dia masih ingat ke dengan janji tu? Ke aku seorang je yang masih simpan janji tu? Yang katanya dalam umur 20 lebih macam tu nak kahwin? Ya, dalam kondisi macam tu aku rasa memang aku sorang je lah yang ingat. Dia entah ke mana-mana pun aku tak tau. 

Aku lihat keadaan di luar mamak ini, hujan lebat, selebat perasaan hampa yang sedang melanda hati aku sekarang. Aku tengah sedih, peduli apa aku nak bermetafora ke apa. Sedang aku mengenang nasib diri sambil menghirup kopi susu panas, datang seorang brader duduk di hadapan aku.

"Assalamuailakum der, gua duduk sini boleh? Meja lain penuh la, gua nak balik pun hujan tengah lebat lagi tu." tegur brader tu. Aku lihat sekeliling, memang crowded nak mati pun kedai mamak ni. Pakai pelaris ke apa? Isy, bersangka baiklah woi. Husnuzon.

"Waalaikumsalam, sila la bang, bukan saya bawak member pun kan." Aku membalas mesra.

Dia sekadar tersengih dan order roti naan cheese dan secawan kopi O.

Aku kembali mengenang nasib, dan cubaanku kalini dipintas padu oleh brader tadi.

"Lu ada masalah ke, der?"

Straight forward sungguh brader ni. Takde sebarang mukadimmah macam "Lu ni dari mana?" or "Lu ni duduk mamak malam-malam buta tak kena maki dengan mak bapak ke?" . Takde. Dia straight tanya macam tu je. Ikut hati nak je lempang brader ni disebabkan usaha beliau nak menyibuk hal aku. Dah la dari raut wajah dia aku tengok macam sebaya kau je, cuma dia tinggi sikit membuatkan aku konfius dengan umurnya yang sebenar, dan membuatkan aku asyik panggil dia bang seolah-olah umurnya lebih tua dari aku. Ni yang menyesal lepak mamak jauh-jauh ni, kalau tau tadi baik lepak mamak dekat-dekat sekolah je tadi. 

"Takde masalah sangat pun bang, benda remeh."

"Gaduh dengan awek?"

Brader ni fortune teller ke apa? Ke soalan tu dah jadi common sangat sampai bila seorang jejaka tampan termenung pasti soalan itu yang diajukan. Seorang lelaki berbangsa India datang ke meja kami dan membawa pesanan brader tadi.

"Lebih kurang macam tu lah bang.. dia tu apahal entah tiba-tiba mengelak dari saya." Aku rasa terbuka hati nak berkongsi masalah dengan brader ni. Aku dapat instinct yang dia mampu tolong aku.

Brader tu tersenyum. "Tiba-tiba mengelak.." katanya perlahan

"Kenapa bang?"

"Kita ni manusia je der, kita selalu lupa."

"Lupa pasal apa pulak ni bang? Tiba-tiba je?" Aku dah semakin curious. Kenapa dengan brader ni sebenarnya?

"Bukan lupa pasal apa, der. The real question is lupakan siapa?"

"Siapa?"

"Lu sayang Nabi Muhammad tak?"

I know where this is going. Tak taulah pulak geng tabligh sekarang dah pandai pakai baju superhero, didn't see that one coming. "Sayang."

"Lu sayang Allah?"

"Sayang."

"Allah pun sayang hambaNya, Nabi pun sayang umatnya. Lu pun kata lu sayang, tapi kenapa lu lupa kat Tuhan? Kat nabi?"

Apa pulak ni? "Apa.."

Cepat-cepat brader tu pintas cakap aku. "Tak payah lu kencing gua, selain sembahyang jumaat bila lu ada buat solat fardu sebelum lu jumpa perempuan tu?"

Aku ingat balik. Celaka, kali ni memang kena batang hidung sendiri. Memang dah lama gila pun aku tak tunaikan kewajiban tu, even aku tau dosa pahala syurga neraka semua. "Abang datang sini memang nak tazkirah saya ke apa?"

"Gua sekadar nak mengingatkan. Apa yang gua sampaikan ni sama dengan senario lu dengan awek lu. What goes around, comes around, der."

"Apa kaitannya saya tak sembahyang dengan awek saya dump saya macam ni?" 

"Lu ingat balik apa lu cakap tadi, makwe lu tu tiba-tiba mengelak daripada lu. Cuba kau fikir balik, yang lu tu. Lu sentiasa mengelak daripada tanggungjawab lu sebagai Muslim. Lu sentiasa mengelak dari memperingati Nabi sendiri. Sekarang bila awek lu mengelak dari lu, kenapa kau nak sentap?"

Baris ayat tu menusuk sanubari aku macam pedang, kau tau. Accurate.

Brader tu pun dah habis makan minum semua. "Gua nak gerak dah ni, rumah gua pun depan tu je, boleh je redah hujan. Saja nak datang sini melepak pekena kopi. Gua gerak dulu ah, jangan sentap lak dengan gua kalau kata kita jumpa lagi lepas ni." Dia menghulurkan tangannya. Kami berjabat.

Betul kata dia. Kalau aku sebagai hamba pun lupa kat Allah, Tuhan yang mencipta aku, tak mustahil jugak orang lain akan lupa kat aku. Kalau aku sebagai hamba pun boleh pinggirkan suruhanNya, tak mustahil orang lain akan pinggirkan aku.

****

Kemal Asyraf melihat sekilas dari luar kedai Alawee Maju, budak tadi masih di tempat duduk yang sama, memegang segelas kopi susu. Segaris senyuman dapat dilihat di wajahnya.

"Moga kita jumpa lagi."

No comments:

Post a Comment