Thursday, 17 April 2014

Past - Prolog

Jadi orang macam aku bukanlah satu benda yang boleh dibanggakan. Orang macam aku ni, ada yang kata benda ni anugerah. Tapi yang aku rasa benda ni lebih kepada bala. Aku tak nampak macam mana benda ni boleh dianggap satu kelebihan untuk aku. Ia bukan sahaja tak membawa apa-apa manfaat, malah membuatkan aku lebih paranoid. Aku boleh gila, tahu?

Okay, cuba kau bayangkan. Kau tengah duduk lepak kat mamak seorang diri. Member kau tak sampai lagi, macam biasalah. Janji pukul dua setengah, pukul 3 setengah pun belum tentu nampak batang hidung. Dah la tu, siap suruh kau tolong orderkan milo tabur dulu untuk dia. Itu bukan point untuk apa yang cuba aku sampaikan, aku saja je nak tambah cerita. Sembang kena lebat, beb. 

Lepas tu, kau nampak awek depan meja kau ni sikit punya lawa lagi. Spek sikit punya besar, putih gebu, ada lesung pipit, hijabster pulak tu. Memang rupa dia macam awek-awek Starbucks la, entah apa dia buat dekat kedai Alawee Maju ni pun kau tak tau. Dah la datang berdua dengan lelaki. Mamat tu memang muka tak hensem langsung, terus terang cakap. Dah la kurus, kepala botak. Kau assume tu abang dia, or pakwe dia yang kaya. Biar kurus badan der, asal dompet tebal. Lepas tu tiba-tiba awek tu usya kau. Kau pandang mata dia, dia pandang mata kau. Mata bertentang mata lah kiranya ni. Kau dah segan sikit, tapi eye contact belum habis lagi. 

Tiba-tiba kau berada kat tempat lain. Point of view kau bertukar seratus peratus. Kau bukan lagi di kedai Alawee Maju. Tempat yang kau berada sekarang jauh berbeza dengan tadi. Tapi kau bukan berada kat alam lain, kau sekarang masih di dunia. Kau bukan kena sorok bunian ke apa. Kau masih di dunia, bahkan kau masih dalam Malaysia. Negeri mana tak taulah, takdelah detail sangat pandangan kau tu. Kau bukan bermimpi, ini masih realiti. Nak tak nak kau kena hadap.

Kau sekarang dekat satu lorong gelap, dekat area kedai-kedai kat satu pekan, or bandar, or whatever. Suasana kat situ sepatutnya gelap gila sebab dah lewat malam, tapi area tu masih hidup, diterangi lampu kalimantang yang warna warni. Kau boleh nampak para bonzer duduk depan kedai warna warni lampu dia. Kau nampak ada 2-3 mak nyah tengah carik mangsa. Kau dah boleh agak kau kat tempat yang macam mana sekarang.

Tengah kau dok terpinga-pinga sambil otak kau keluar macam-macam soalan "What the f*ck" "Aku kat mana ni?" "Mana kedai mamak tadi?"

Tiba-tiba kau nampak awek tadi jalan seorang diri. Dia melangkah laju, macam dah lewat sangat, nak kemana pun kau tak tau. Baru kau teringat ni awek kau jumpa kat mamak tadi. Kau cuba kejar dia. Kau nak explaination. Kenapa kau kat sini? Kenapa dia kat sini? Tempat apa ni? Kau jerit panggil dia tapi dia tak menoleh. Dia macam tak dengar jeritan kau. Kau dah pelik, dia ni memang tak kisah ke dia memang pekak ke macam mana? Langkahnya masih laju, tak kurang pun dari tadi. Rasanya kalau dia tak pakai kasut yang agak tinggi tu mesti dia dah berlari dah.

Sedang kau sibuk panggil dia, datang dua tiga orang lelaki menghampiri dia. Dari gaya memang tak nampak macam orang baik. Dari pakaian memang jauh daripada orang nak jual barang. Muka sorang-sorang pun dah lain macam punya gersang. Kau dah boleh agak apa akan jadi lepas ni. Tapi jarak kau dengan perempuan tu dekat je. Takkan diorang berani nak apa-apakan makwe ni kalau ada orang. Nak nak lagi orang segagah kau.

Awek tu dah start jerit mintak tolong, mamat-mamat gersang tu pun dah pasang kuda-kuda. Tapi kau masih ada kat situ. Kau cuba pukul salah sorang dari mamat tu, memang kau dah hayun penumbuk cantik punya. Memang kau yakin ah patah hidung dia. Jangkaan kau meleset.

Penumbuk kau tembus kat muka dia, dan dia takde apa-apa reaksi pun.

Ok, dari sini kau dah boleh dapat hint. Kau tak boleh sentuh dia, dia tak boleh sentuh kau. Kau boleh nampak dia, tapi dia tak boleh nampak kau. That explains kenapa dia tak goyang langsung walaupun kau dah ada kat situ. Mamat-mamat gersang tu dah start pegang awek tu. Kau dah panas, kau jerit suruh diorang berhenti. Tapi diorang tak heran pun. Ok, lesson baru. Diorang tak boleh dengar kau, tapi kau boleh dengar diorang. Kau sekarang macam hantu je. Tak boleh buat apa-apa.

Tiba-tiba kau berada kat tempat tadi balik. Betul-betul kat starting point kau iaitu kat kedai Alawee Maju. Kau masih duduk kat mamak tu, kaku. Awek tu masih kat situ lagi. Tapi dia dah tak pandang kau, dia tengah tengok phone. Main instagram agaknya, kedai ni kan ada wifi.

"Wei Mal! Awal nak mampus kau datang!" , sapa satu suara. Aku kenal benar suara tu.

"Cilake, kau janji pukul berapa? Kau datang pukul berapa cibai?"

"Aku hantar mak aku pergi klinik tadi, dia gout."

Aku renung matanya dalam-dalam.

"Alahh tak payahlah nak guna power kau sangat sial. Aku tertidur tadi. Puas?" Rosdi ketawa kecil sambil angkat tangan nak panggil mamak suruh ambik order.

Aku sekadar senyum sinis kepadanya. "Kau tau kan kau tak boleh tipu aku?"

"Ayat poyo gila."

Nama aku Kemal. Nama penuh Kemal Asyraf bin Talib. Dengan apa yang aku sembang panjang lebar tadi, aku sebenarnya nak kasi gambaran kat korang pasal kuasa aku je. Aku boleh tengok kisah silam orang lain. Dari kecik sampai ke besar. Kau takkan berjaya tipu aku. Tiap saat dalam hidup kau aku boleh nampak, even kau dalam toilet sekalipun. Tapi aku takdelah perv macam tu sekali. Aku tau dosa pahala. Aku boleh nampak saat berharga dalam hidup kau. Aku boleh saksikan saat paling humaliating dalam hidup kau. Even kau bunuh orang sekalipun, aku akan tahu. Aku cuma perlu tengok mata kau je.

I can see you past.

No comments:

Post a comment