Monday 21 April 2014

Past - Selamat Datang ke 5 Gamma

Lepas je nyanyi Negaraku, masing-masing kena duduk atas jalan tar yang gampang punya tajam. Maklumlah, situ tapak perhimpunan merangkap tempat parking para guru. Pernah sekali budak kelas aku, Fiz Lembut mengadu punggung dia luka dek kerana terduduk atas batu kat tapak perhimpunan tu. Oleh itu aku cadangkan pihak sekolah peruntukkan sedikit bajet untuk letak simen kat tapak perhimpunan. Hidup sebagai seorang budak sekolah masa perhimpunan amat menjengkelkan. Bukan sahaja ada possibility punggung berdarah, kalau duduk atas pasir lagi berisiko aku rasa. Dibuatnya ada kucing buang air kat situ, tak pasal-pasal kena bukak balik buku PAI sekolah rendah kau nak tengok cara cuci najis haiwan. Nasib baik kawasan sekolah ni tak banyak anjing.

Tapi penyeksaan kami bukan takat itu je, cikgu dekat depan tak habis-habis dok membebel pasal disiplin lah, aktiviti kokurikulum lah, exam lah. Kata Cikgu Piah iaitu cikgu geografi tingkatan 3, disiplin budak-budak sekolah ni makin teruk, dan budak-budak sekolah ni tak banyak tampil ke hadapan untuk aktiviti yang sekolah anjurkan. Ironi, bila aku tengok mata dia, aku nampak dia beriya tak nak kasi ucapan atas pentas sejam sebelum ni, tapi kena paksa jugak sebab Big Boss Basit (Gelaran pengetua sekolah) dah kasi arahan. Kau pelik kenapa aku boleh tau semua tu? Kau lupa kuasa aku? Aku boleh tengok past orang.

Bukan takat itu je, bila kau nak sembang dengan member kau sebab dah bosan sangat dengar cikgu membebel, ada je pengawas yang terpacak berdiri kat sebelah kau tu tegur suruh diam. Selalunya pengawas-pengawas macam ni aku buat bodoh je, lepas tu sambung borak. Diorang ni jealous je, kitorang boleh duduk, diorang kena berdiri. Siapa suruh beriya volunteer nak jadi kuli cikgu masa awal tahun? Nak dedikasi sangat kan? Ambik kau berdiri tengah-tengah panas. Yup, aku memang berdiskriminasi dengan pengawas dari dulu lagi. Aku benci budak-budak pengawas sekolah ni, nanti aku kasi tau kenapa. Memang lah tak semua jahat, walhal kebanyakkan pengawas perempuan kat sekolah ni molek belaka. Tapi masing masing kerek, tegur baik-baik pun nak mencebik. Dah cukup cantik la tu kan?

Habis sesi perhimpunan, masing-masing balik kelas. Tapi bukan untuk aku, dan bukan untuk segelintir budak-budak lelaki jugak. Yang perempuan masing-masing dah sepantas mungkin ambik tempat duduk dalam kelas. Tak sabar nak menuntut ilmu, agaknya. Tak pun takut benar dengan Cikgu Mutalib yang cakap kalau 5 minit lambat masuk kelas kena denda sapu satu blok. Bagi budak-budak lelaki, ada yang skema terus balik kelas, tapi kebanyakkan dari kitorang akan lepak kat tandas dulu. Ye, aku tau tandas tu tempat setan, tapi kat mana lagi kau nak habiskan 15 minit pertama sebelum masuk kelas? Belakang stor? Tu port comolot, bukan port melepak. Kat tandas kebanyakan budak-budak ni akan habiskan sebatang dua rokok murah yang mereka beli kat kedai mamak yang paling femes antara budak sekolah yakni Alawee Maju. Aku tak merokok, aku takat duduk situ sikat rambut je. Bukan gaya Wak Doyok, ye. Mainstream sangat tu.

Masuk kelas, kena bebel sikit dengan cikgu BI, kitorang ambik tempat duduk masing-masing. Seperti kebiasaan, kerusi si Rosdi akan kena cilok mengakibatkan dia kena tawaf satu blok untuk carik kelas mana yang ada kerusi lebih, walhal kerusi aku akan tersergam indah di kedudukan asalnya. Kenapa? Sebab aku akan tau siapa yang curik kerusi aku dan mintak balik (cara baik lah). Biasanya diorang akan kasi balik dan akan tanya "macam mana kau tau doh aku cilok".

"Smart guess la, der. Kau macam tak biasa."

Ya. Diorang tak tau pasal kuasa aku. Rosdi je tau.

Habis je waktu BI, Cikgu Jia masuk kelas. Cikgu Jia ni ajar Fizik, dan dia cikgu paling violent dalam sekolah ni. Takat sebat budak tu dah jadi kebiasaan dah bagi dia. Takat jerit maki kat budak tu memang makanan harian dia. Kadang-kadang kitorang pelik jugak dia ni tak pernah sakit tekak ke menjerit je hari-hari? Laki dia tak pekak pulak dengar frekuensi kuat hari-hari? Mungkin kat rumah dia manja kot, siapa tahu?

Yang aku bengang dengan cikgu fizik aku ni, dia asyik-asyik target aku je apa-apa hal. Aku tak siap homework, aku yang paling awal kena maki. Aku tak dapat jawab soalan dia, makan maki lagi aku. Padahal aku rasa budak-budak kelas lain pun takde yang buat homework dia, takde pun dia nak maki bagai. Aku selalu jugak hantar kerja on time. Entah apa dia berdendam dengan aku pun aku tak tau sebenarnya. Aku rajin kot.

Aku takde mood nak dengar bullshit dia haritu, so aku decide nak usya orang lain. nak tengok diorang buat apa time cuti sabtu ahad.

Aku pandang Rosdi. Macam biasalah, melepak kat CC, tidur, bangun balik, pergi CC balik. Budak ni memang lifeless tahap tapir.

Aku pandang Din. Ahh, aku dah agak dah. Memang tiap-tiap weekend ke kelab je. Cilake ni memang takde kesedaran sivik langsung. Yang aku pelik macam mana orang boleh allow dia masuk? Belum cukup umur, bhai. Siap bergelumang dengan perempuan, teguk kencing setan bagai. Teruk dah budak ni. Harap muka je hensem sebab mix blood, perangai seperti gampang. Macam mana budak-budak perempuan ramai tergila-gila kat dia pun tak taulah.

Aku pandang Pian. Keluar dengan family. Bagus budak ni.

Aku pandang Sara, dan aku tak expect dia akan pandang aku balik. Terus aku alihkan pandangan mata aku. Damn, that was close. Aku tak taulah instinct aku ke apa, tapi lepas aku toleh tu, dia tersenyum manis dan pandang papan putih balik.

Sara. Nama pun dah cantik, apatah lagi rupa. Aku sebenarnya memang dah lama ada hati dengan dia ni. Dah la cantik, baik, peramah, berbudi pekerti, bekerjasama, iltizam, segala macam nilai murni yang aku belajar kat komponen sastera dalam subjek BM tu memang aku kasi kat dia lah. Aku selalu curi tengok dia, right in the eyes. Rajin budak ni, selalu tolong mak dia buat kerja rumah. Lagilah aku perkenan. Dia ni kat rumah kuat berangan. Berangan pasal apa aku tak taulah, aku boleh tengok past je, aku tak boleh baca fikiran orang. Harap-harap angan pasal nak kahwin dengan aku lah.

"KEMAL!"

Cilake. Singa betina dah mengaum. Angan aku pulak yang terganggu.

No comments:

Post a Comment