Tuesday, 13 May 2014

Haris - First Impression

Hari ni aku balik awal sikit. Disebabkan aku masuk kerja tadi pukul 10 setengah macam tu, tak kan diorang expect aku nak kerja sampai closing pulak, kan? So dalam pukul 7.40 macam tu aku dah sampai rumah. Dalam hati ni bersyukur jugak sebenarnya sebab tak payah nak buat OT sampai closing. Hari ni hari Selasa, antara hari yang ramai customer selain Sabtu dan Ahad. Nasib baik si Ayib tu tak buat gila lagi hari ni, kalau tak jenuh jugak sebenarnya. Dia datang lambat sejam setengah, menyebabkan waktu break aku pun jadi lambat. Memang cilaka mamat ni, takde semangat kerjasama berpasukan langsung. Dasar tak tengok Wonderpets.

Memandangkan baru pukul tujuh lebih, macam-macam lah aku boleh buat malam ni. Main Whatsapp sampai subuh ke, baca buku alternatif ke, belasah si Bakri kat PES 2013 ke (Bakri tu abang aku. Dia memang loser main PES, tapi tak pernah kenal erti mengalah. Ini macam baru jantan.) Tak pun ajar si Annisa (Adik perempuan aku yang form 4 tu, yelah aku takde adik lain pun) matermatik moden ke. Nak ajar matermatik tambahan, aku pun tak pernah lulus. Result SPM yang belum keluar ni jelah harapan terakhir untuk aku nak lulus subjek yang merebus otak tu. Gusar juga mengenangkan result SPM yang dah nak keluar bulan 3 nanti. Stress!

Usai aku melompat di katil keramat aku tu, aku capai telefon pintar aku yang dah tak berapa nak pintar tu dan buka aplikasi Instagram. Aku jarang sebenarnya buka aplikasi ni, apatah lagi upload gambar. Lagilah jarang. Last gambar yang aku upload di laman itu rasanya masa sekolah lagi aku rasa. Gambar graduasi. Ke gambar skateboard bergaya milik sepupu aku si Jiman tu, entahlah. Tapi aku kadang kala timbul juga rasa kagum aku kat sesetengah orang kat Instagram ni. Orang yang tak famous pun kadang-kadang boleh cecah dua ratus lebih like. Kalau yang perempuan tu takpelah, aku faham. Memang lumrah lelaki di Instagram follow awek-awek comel yang diorang jumpa di sudut 'Explore' dan like gambar-gambar mereka. Lebih ekstrim lagi, terus follow dan like semua gambar awek tu. Stalker tahap obvious nak mati. 

Lelaki follow perempuan, lelaki like gambar perempuan, itu lumrah. Tak boleh dinafikan lagi. Memang lumrah dunia lelaki yang akan cari perempuan dahulu. Kononnya lebih manis, gitu. Kononnya tak manis jika perigi cari timba. Ok aku faham, kita selaku orang yang punya budaya sendiri memang sering disuapkan dengan kata-kata macam tu. Kita kan bangsa berbudaya. Tapi ada juga aku perasan dua-tiga orang lelaki yang famous di Instagram tu. So maknanya bukan perempuan sahajalah yang memonopoli populariti di laman tu. Lelaki yang famous pun aku tengok unik belaka orangnya. Nama pun macam ganjil sikit, Wak Doyok. Mula-mula aku confuse tu nama betul ke apa. Tapi terfikir jugak tak kan la nama betul, kalau dah Doyok bunyinya. Terlintas juga kat kepala otak aku, dia ni famous sebab misai dia ke? Macam stailo je aku tengok. Sejak itu aku bertekad untuk bela misai agar digilai ramai wanita seperti beliau. Wak Doyok tu aku nak jadikan idola. Rambut pun aku rasa nak ikut stail dia. Lepas ni kalau upload gambar memang aku pakai hashtag #AkuPakaiKoPanas tu. Aku pun nak famous seperti beliau (ayat naif gila).

Sesekali aku nampak juga dua tiga orang rakan sekolah aku di timeline Instagram tu. Bukan main lagi masing-masing dah bermakwe. Makwe dari zaman sekolah la katakan. Ada yang siap caption sweet nak mampus macam "Happy 4th monthsary (betul ke eja tu) sayang. May our love kekal hingga ke Jannah. xoxo". Tak kurang juga gambar ala kolaj mereka yang baru balik dating dekat Pavillion pagi tadi. Wah, Pavillion sangat, kau. Dulu masa sekolah nak beli nasi bujang pun pinjam aku seringgit. Pergh, berkira juga aku ni sebenarnya. Mata aku tidaklah jelek mana pun memandang gambar-gambar sweet diorang ni (kadang-kadang je rasa annoying sikit, itu pun kalau dah hari-hari post gambar berdua. Aku pun naik muak, cibai) , bahkan aku selalu harap diorang bahagia. Cuma tipulah kalau aku cakap aku tak jealous langsung tengok masing-masing dah ada makwe, walaupun muka macam pelakon ekstra MIG je. Muka aku orang cakap macam Andrew Garfield takde sorang makwe pun perkenan. Haram jadah.

Aku biasa je mesej kawan-kawan perempuan. Macam Erra dengan Zura. Tapi memang mesej sekadar kawan je. Kadang-kadang teringin juga aku nak mesej sebagai insan yang lebih dari kawan. More than friend, kata bahasa penjajah. Teringin juga nak sweet-sweet macam member-member kat Instagram tu. Jujur, bila lihat mereka aku rasa tercabar. Sunyi pun ada juga kadang-kadang. Nasib baik ada..

KLING!

Telefon pintar aku berbunyi. Menandakan ada mesej dari Whatsapp masuk. Ceh, baru nak sebut nama, dah mesej. Bagus budak ni.

Mesej dari Anis Azura.

Zura : Woi :)
Zura : Dah balik ke?

Pantas aku menaip, membalas mesejnya. Terharu juga sebenarnya. Baru nak buat ayat ala-ala emo tadi, tiba-tiba dia mesej. Concern juga kau kat aku ye, Azura.

Me : Hoiii
Me : Baru balik ni haaa
Me : Ko ni hari2 balik awal, kne pecat ke apa?

Zura : Otak kau
Zura : Aku syif pagi kayy
Zura : Erghh tnsyen btul kerja harini

Kan aku dah cakap. Dia ni kuat komplen. Terima je lah, Ris. Takde komplen dia, engkau juga sunyi, kan? Ini kalau buat bini berapa kali agaknya aku kena bebel dalam tempoh sehari? Nasib baik cantik putih melepak bagai. Kalau idok, tak sior teman.

Me : Pahal?
Me : Kne mrh bos lagi ke!
Me : *? Sorry. Silap tanda.

Zura : Kau pulak nak marah aku ke?
Zura : Ha'ah. Siot tul manager aku tu.

Me : Typo la siot.
Me : Pahal? Ko curik tulang lagi ke?

Zura : Isyy aku dh insaf kay. Tk mcm dulu dah.
Zura : Kali ni org lain, bru kerja seminggu. Tapi dah curi tulang lepak mekdi. Bengang aku
Zura : Dah tu, manager aku ngamuk ah kt dia. Aku rilek je. Skali dia tuduh aku yg ajar budak tu curik tulang.
Zura : Bengang betul aku, dh la rambut macam penyapu.

Yes, si Zura kalau komplen memang segala ciri pada orang tu akan dimetaforakan kepada objek tidak bernyawa. Kadang-kadang objek bernyawa pun bantai je. Kadang-kadang binatang haram pun sesat masuk dalam conversation kami. Sebab tu lah dia ni aku kira open minded, sebab kalau kata aku mencarut kat orang lain pun dia tak kisah (lainlah kalau aku carut dekat dia, kan?) . Tak macam kebanyakkan perempuan yang bila aku carut sikit macam "bodoh" tu pun dikira turn off tahap dewa. Cakap pasal rambut macam penyapu, agak-agak Zura ni suka ke aku tukar rambut macam Wak Doyok tu? Betul ke perempuan mudah terhibur tengok rambut sedemikian rupa? Entah-entah dia tak kenal pun siapa Wak Doyok tu, maklumlah si Zura ni takde Instagram.

Me : Speaking of rambut penyapu,
Me : What do you think if I.. let's say, aku tukar style rambut macam Wak Doyok?
Me : Kau rasa macam mana?

Dia diam seketika (not literally, cuma dalam conversation tu dia terdiam kejap). Tengah Google lettew. Tak lama lepas tu dia kembali.

Zura : Doyok? Oh, I've seen him. Somewhere on local magazine. Tak payahlah.
Zura : Kau tau, rmai org dah tukar rambut hairstyle mcm tu. Even Naqib pun.

Naqib tu classmate kami. Tak perlulah aku nak describe panjang-panjang pasal dia.

Zura : That hairstyle become over rated, you know. Dah mainstream.
Zura : So, I recommend you stick with those long hairs of yours. Hensem apa. ;)

Anis Azura baru cakap aku handsome. Rasa diri ni terapung di awangan, sampaikan dahi terhantuk di siling.

Me : Aku? Hensem? You must be kidding me, Zura. Hahahah
Me : Kalau aku hensem, mstilah ramai berebut nak kt aku.
Me : Tk pun, msti aku dah ada awek sekarang. Kan?

Zura : Penting sgt ke ada awek?
Zura : And yes, kau memang handsome. I admit it. Since we met at first, back then around 2 years ago aku dah rasa kau handsome. Even kau kurus, tapi muka kau menolak my thought that man with abs is the one who is macho and stuffs.
Zura : But bila jumpa kau dulu, bru aku trfikir org kurus pun ada jugak yang hensem rupanya.
Zura : Pnting sgt ke this cinta monyet stuff ni wei? Mostly aku tgk org bercinta time sekolah, after sekolah ni kbnyakkan tak serius.
Zura : When one of them is not serious about the relationship, the other side akan frust macam nak mati. Why? Because they've given all their love, feelings to the guy or girl. Tapi side lagi satu tu anggap cinta diorang ni sekadar nak lengkapkan zaman remaja.
Zura : Gila-gila remaja. Like people said, tak remaja lah kalau takde awek time sekolah, kan?
Zura : Tapi kalau dah muda-muda patah hati, tak ke parah? And then, obviously the breakup will affect their studies. Terus result, pointer merudum. Kenapa? Takleh concentrate time study. Sedih.
Zura : Bullshit.

Panjang lebar Zura menerangkan pandangannya. Aku hanya mampu membalas pendek.

Me : Wow..

Zura : Hehe. Speechless ke? Kau mcm tak biasa pulak kan kena syarah dgn aku mcm ni

Me : No, bukan pasal tu. Tk sangka ko betul2 fikir aku hensem.

Zura : -___-
Zura : Hey, unfair la aku sorang je yang describe first impression aku kat kau.
Zura : Aku nak jugak dgr mcm mana kau jmpa aku dulu
Zura : Lol dah mcm cerita HIMYM asal ni.

How I Met Your Mother? Ohohohoho.. itu hint ke apa, Anis Azura?

Me : Well...

****

Lebih kurang 2 tahun sebelum tu.. entahlah. Betul ke dua tahun? Ah, lantaklah. Ini kira flashback dari zaman sekolah aku dulu, okay?

Aku mengeluarkan roti berinti coklat dari beg sekolah berjenama Power aku. Memang power lah cerita dia kalau dari form 2 tak tukar beg. Padahal buku yang aku bawak hari-hari dah berat badak air dah aku rasa. Tabahnya hatimu, wahai beg Power. Memang menjadi kebiasaan aku bawa makanan dari rumah. Bukan kerana aku tak suka makanan kantin. Bukan juga kerana aku tak percayakan masakan mak cik kantin tu, walaupun aku pernah nampak dia potong ayam tepi longkang je. Tapi disebabkan aku malas nak beratur panjang-panjang semata-mata nak dapatkan nasi goreng rencah ayam harga seringgit tu. Sedap ke tak, aku tak tahu sebab memang dari form 1 aku tak pernah cuba masakan mak cik kantin. Pernah aku dengar cerita yang nasi goreng dia kadang-kadang rasa berangin sikit. Wah. Letak Colgate ke apa?

Disebabkan aku tak makan nasi di kantin, aku akan bawa roti dari rumah hari-hari. Macam-macam jenis roti. Roti coklat, roti sardin, roti kaya, roti ikan bilis, roti bom. Kadang-kadang aku fikir syarikat roti tu kaya sebab aku je. Mungkin faktor hari-hari makan roti itu juga mendorong kepada badan kurus aku ni.

Seperti hari-hari persekolahan yang lain, aku akan berlegar-legar di sekitar kawasan sekolah sepanjang waktu rehat. Kadang-kadang usya bilik guru, tengok kehadiran cikgu. Kadang-kadang usya budak-budak hotstuff main basketball. Kadang-kadang usya budak-budak perempuan yang tengah usya budak-budak hotstuff main basketball. Ikut mood akulah. Member-member aku yang lain biasanya melepak di kantin. Yang selalu ikut aku usya awek masa rehat, Hans seorang je. Tapi hari tu Hans pun lapar, so dia pergi lah kantin beli makanan. Kelas Kimia yang bosan tahap gampang membuatkannya lapar, katanya.

Sedang aku berjalan-jalan macam orang yang mencari erti kehidupan di dunia yang fana ini, aku ternampak si Aminah. Aminah ni budak kelas paling atas iaitu Alfa, manakala aku kelas kedua dari atas la kiranya. Aminah ni agak chubby orangnya. Di sebelahnya, seorang pelajar perempuan yang aku tak nampak mukanya dari jarak ini. Tak familiar langsung rupanya. Pelajar baru ke?

Dah jalan dekat sikit, baru jelas aku lihat wajahnya. Ayu. Muka putih melepak, matanya agak bundar. Aku tersentak seketika. Budak baru kelas Alfa ke ni? Apahal cun sangat?

"Minah, siapa ni? Kawan baru ke?" Sengaja aku menggunakan ayat 'kawan baru ke' sebab aku tahu Aminah tidak ramai kawan, selain aku dan beberapa budak perempuan gaya innocent di kelas Alfa. Yang lain seboleh-boleh tak nak berborak atau berkomunikasi dengan dia. Mungkin sebab badannya yang sedikit montel itu. Judgemental betul korang ni.

"Haah, dia baru masuk harini. Nama dia.."

"Azura. Panggil Zura je." Dia memintas kata Aminah, sambil tersenyum manis di arahku. Aku tak tau senyuman itu ikhlas ke tak, tapi memang manis. Kalau rendam dalam air boleh jadi teh'O agaknya. Ok, hambar.

"Haris. Nice to meet you." Aku membalas senyuman, menahan rasa kekok dan janggal. Aku kalau depan awek cun memang fail habis. Asyik kaku je. Terkesima dengan hiasan dunia, cewah.

"Aku nak bawak Zura jalan-jalan tengok sekolah ni, kau nak follow ke apa?" Aminah mencelah selepas 4 saat kami tidak berkata apa-apa.

"Oh, pergilah. Aku nak cari Hans kejap. Tengok-tengoklah. Sekolah ni cantik tau." Aku dah tak tau nak cakap apa sebenarnya masa tu. Aku juga tidaklah berminat nak ikut mereka. Takut tak selesa pula awek cun tu.

Selepas mereka berlalu pergi, aku mengelamun seketika. Macam Adira woi, cuma lagi comel je sebab even dia putih melepak, takdelah seputih Adira. Dah macam keluarga Cullen pun ada aku tengok. Putih sangat camtu pun tak boleh jugak.

Tak lama lepas tu, Hans datang kepadaku. "Kau kemana, sial?" katanya.

"Jalan-jalan la macam biasa. Engkau tu je celaka. Ada awek cun baru masuk kelas tak nak bagitau aku awal-awal. Boleh abang adjust."

"Adjust kepala bana kau la. Si Zura tu aku cop dulu, aku tak kira. By the way, awek kau carik kau tu."

"Kat mana dia?"

"Kantin."

Aku tersengih. "Orait. Thanks, Hans."

****
Mesej di Whatsapp masuk lagi. Masih orang yang sama.

Zura : Seriously? Adira?

Me : Why not? :P

Zura : You seriously think I'm cute? Even for now?

Me : Aku tak ubah fikiran smpai skrg. Serious kau comel.

Zura : That's probably the sweetest thing you ever said to me, Haris. Ahahahahah XD

Blushing lah tu.

Zura : Eh, kau sekarang still dengan..

Me : Nope. Not. Tak. Everything's over, between me and her.

Zura : I see. What happen?

Me : People change, kan? Even aku pun boleh terfikir nk jadi mcm Wak Doyok. Hahaha

Zura : Don't, Haris. Just don't. If you do, aku tak nak cakap dengan kau lagi dah.

Aku ketawa kecil. Kalau untuk kau, botak pun aku sanggup, Azura.


No comments:

Post a comment