Tuesday 6 May 2014

Haris - Hari Yang Ordinari

Pagi itu aku dikejutkan dengan panggilan dari majikan tercinta. Kata mereka, aku kena masuk kerja awal hari ni disebabkan orang syifnya sepatutnya pagi ini tak masuk kerja lagi. Lebih menarik, dia takde call pun cakap MC ke, emergency ke, mati ke, takde langsung. Jadi, aku selaku pekerja berkaliber serta berkarisma ini pun mendapat peluang untuk menggantikan dia pagi itu. Sebenarnya, aku lagi suka kerja pagi. At least balik awal, dalam pukul 4 atau 5 macam tu. Boleh lah aku spend banyak masa kat rumah, main internet dengan gumbira atau baca novel sambil dengar lagu surrow.

Usai sahaja bersiap-siap dan bersarapan, aku berjalan menuju ke tempat kerja yang tak berapa nak jauh tu. Pagi tadi lagi rumah aku dah kosong, mak aku kasi mesej yang dia dan ayah sekarang ada dekat Kajang. Nak jemput orang kampung datang wedding kakak aku, katanya. Kakak aku takde kat rumah, kerja. Begitu juga abang. Adik pulak pergi sekolah, dia form 4 tahun ni.

Sampai sahaja di tempat kerja, aku greet dengan semua orang yang ada kat situ, aku kan peramah orangnya. Sayangnya, greet aku disambut dengan kata arahan suruh buat kerja.

"Ris! Cepat pergi packing coleslaw tu! Lepas tu pasang mesin oren dengan milo! Jangan lupa lap sikit kaunter-kaunter depan tu, bukan main kotor lagi! Korang closing ni tak bersih langsung la. Haa dah siap semua kau kira duit cepat-cepat, lepas tu terus bukak kaunter! Kita ni ada lagi sejam je sebelum bukak ni."

Ahh, aku kenal sangat suara tu. Pemilik bagi suara bingit itu tadi ialah Kak Limah. Kak Limah ni bukanlah seorang manager ataupun assistant manager, dia cuma seorang staff biasa. Tapi disebabkan dia sudah berkhidmat di sini lebih 2 tahun, dia menjadi insan yang paling disegani dalam restoran itu. Walhal manager pun turut segan dengan beliau, disebabkan orang tua tu kerja lagi lama jika dibandingkan dengan manager sendiri. Even dia ni seorang yang berpengalaman, aku tak rasa ada di antara staff lain yang betul-betul ikhlas bekerja dengan beliau. Kenapa? Kau tengoklah dia punya bising macam mana. Silap-silap cair taik telinga kau. Memang malang betul pagi-pagi buta dah kena hadap mulut mesingan ni.

"Diamlah Kak Limah! Aku nak buat kerja ni!" pekik Azlan pulak dari bahagian dapur.

Azlan merupakan seorang brader yang 2 tahun muda dari aku. Beliau bekerja di bahagian cook. Kalau kata ayam tak sedap, semua salah dia. Yang menariknya pasal brader ni, dia ni seorang yang sangat suka menyanyi lagu jiwang punyalah kuat sampai kadang-kadang customer pun boleh dengar. Suara kalau sedap macam Faisal AF4 takpe, ini nak masuk Vokal bukan sekadar rupa pun aku tak rasa lepas audition. Masuk Bintang Mencari Bintang boleh kot.

Dan jangan pelik pulak dia pekik dekat Kak Limah yang 7 tahun lagi tua dari dia tu macam tu. Dekat sini, yang muda boleh maki yang tua, dan yang tua boleh guna kuasa veto dia maki orang berjawatan tinggi, dan orang berjawatan tinggi pula boleh guna kuasa veto dia jugak untuk maki yang muda juga. Nampak tak dia punya cycle macam mana?

"Wei! Apa benda bising-bising belakang tu?" laung satu lagi suara. Suara kalini aku kenal benar. Ini suara Miss Yana. Ya, dekat sini kami kena panggil manager dan assistant manager (yang bukan seorang dua tapi sampai 4 orang) dengan panggilan "Sir" dengan "Miss" , macam cerita Gerak Khas. Miss Yana ni merupakan manager kesayangan aku, dan bukan sahaja aku malah semua orang dalam restoran ni aku rasa. Kenapa? Sebab dalam keempat-empat manager dan assistant manager, dia ni merupakan yang least fussy dan kurang membebel kat kitorang. Dia jugak yang interview aku dan terima aku sebagai salah seorang staf di sini. Bekerja dengan dia, semua benda jadi lebih lancar kalau nak dibandingkan dengan bekerja dengan 3 manager lain yang kerjanya nak membebel je. Last-last staff tensyen, servis jadi lembap, customer pun marah. Lebih teruk, staff pun akan maki customer balik.

Sedang aku sibuk mengemop lantai, aku perasan ada satu figura berdiri di hadapan kaunter aku. Aku buat bodoh je, sebab ada lagi 20 minit lagi sebelum restoran ini dibuka. Tiba-tiba dia bersuara "Sorry, dah bukak ke?". Ahhh, shit! Engkau lapar benar pagi-pagi buta nak makan ayam?

Aku mengalihkan semula pandanganku ke arah kaunter, celaka. "Kau suka bergurau time aku buzy, kan?"

Dia ketawa, comel. Namanya Rania. Erra Rania. Haa yang ni sebaya dengan aku, 18 tahun. Bekerja sebagai CSC kalau ikut bahasa kami. Kalau korang tak faham, CSC ni kerja dia lap meja macam tu la lebih kurang. Lepas tu kalau ada makanan lambat siap, dia yang akan tolong hantarkan. Untung restoran aku ada tukang lap macam ni punya comel.

"Awal kau masuk kerja harini? Kenapa? Ayib buat hal lagi?" dia bertanya sambil tersengih. Bukan main ceria lagi kau apahal? Mendapat ke malam tadi?

"Siapa lagi.. aku kan pekerja yang rajin. Sebab tu semua orang dalam ni sayang aku." aku berseloroh. Bukan aku malas nak layan, cuma aku memang tengah buzy sangat ni.

"Lancaulah Ris! Kahkahkah!" sahut Manan pula. Manan ni pun sebaya dengan aku. Sebenarnya ramai je yang sebaya aku bekerja kat sini. Cuma kami bekerja lain-lain syif je. Ini pun baru sebahagian je yang aku introduce. Ramai lagi sebenarnya staf kat sini. Kalau nak kasi tau sorang-sorang memang sampai esok tak habis taip.

"Diamlah pukimak. Pergi buat kerja. Serabut je aku tengok tempat backup kau tu. Karang aku order satu lancau kau tak dapat buat." aku counter semula. Manan ni jawatannya sebagai seorang backup. Bahagian di mana burger, kentang dan nugget semua dibuat.

"Nia! Pakwe kau mana? Tak masuk kerja ke dah berhenti? Kalau dah berhenti aku ada can lah, kan kan?" Manan mengalihkan perbualan kepada Rania pulak. Gersang benar bunyinya.

"Takde lah, dia masuk petang ni." Rania mencebik. Dia memang kurang selesa dengan cara Manan berkomunikasi dengannya. Dengan aku je dia ok. Nampak penangan aku macam mana? Tapi hebat mana pun penangan aku, hebat lagi si Jalil iaitu pakwe kepada si Rania ni. Kerja sini jugak.

"Tak dapatlah rehat sama-sama, suwit suwit, scene suap-menyuap kentang harini ye?" aku menyambung.

Belum sempat aku nak gurau manja-manja dengan Rania, Miss Yana memanggil aku dari biliknya. Aku malas nak masuk bilik tu, so aku sahut dari luar je. "Apa dia Miss?"

"Harini Ayib MC! Kau cover sorang sampai budak-budak middle datang pukul 2.30 karang tau! Oh lagi satu harini engkau OT sampai pukul 9 eh? Sebab sorang dari budak middle tu baru masuk kerja semalam, so dia still tak tau lagi selok belok kerja kau tu!" berita buruk yang disampaikan Miss Yana cukup menyentap hatiku. Bayangan nak baca novel Faizal Tehrani balik rumah karang punah belaka.

Tak sempat aku nak mengeluh, jam sudah menunjukkan tepat pukul 10 pagi. Masa untuk bukak counter, aku kan cashier yang menepati masa. Tak sampai dua minit aku bukak counter ada seorang customer berkunjung. Orang lain pagi-pagi makan roti canai, nasi lemak semua, yang kau ni buat apa kat sini? Aku sekadar mengeluh dalam hati, fizikalnya aku sedang tersenyum plastik.

"Hai, selamat datang ke KFC. Makan sini ke bungkus?"

****

Aku pulang dengan keluhan berat. Penat nak mampus. Kalau hari-hari macam ni serious boleh mati. Macam yang Miss Yana cakap, aku akan pulang pukul 9. Tapi macam biasa, aku pulang setengah jam lambat. Kenapa? Sebab sebagai seorang cashier berkaliber, sebelum kau balik kau kena refill sos, refill tempat air, refill ais, kira duit, macam-macamlah.

Sampai sahaja di rumah, aku greet mak ayah, makan dengan diorang, mandi sembahyang semua, terus aku terjun di katil yang masa tu terasa empuk sampai dia serap badan macam pasir jerlus. Ok memang melampau metafora tu, peduli apa? Aku penat. Aku buka telefon pintar aku, ada 31 mesej dari 4 conversation di Whatsapp. Ni kira sikit sebenarnya. Tak, memang sikit sangat. Selalunya balik rumah je sekurang-kurangnya ada 50+ mesej kau tau?

Okey, 21 daripada 31 mesej tu daripada group chat yang memang aku tak tau apa diorang mengarut hari-hari. Bukan kerana aku tak peduli, cuma aku takde masa untuk benda remeh macam ni. Fuh, ayat aku memang stok orang-orang takde kawan.

4 daripada 31 mesej pula dari member baik, merangkap wingman aku, Hans. Nama betul dia memang tu, Hans Jaabar.

Hans : Woii
Hans : Kau katne?
Hans : Blm balik ke cane?
Hans : K

Meanwhile, 4 lagi daripada ex-classmate tahun lepas, Zura. Anis Azura, nama panjangnya. Aku dan Zura dah berkawan biasa dari tahun lepas since dia turun kelas, tapi baru tahun ni kami mula rapat. Boleh tahan cantik orangnya. Putih melepak, dan sangat suka berborak. Dia ni sangat suka berbual topik random, dan aku selesa gila berkongsi apa-apa cerita atau masalah dengan dia. Satu je benda yang aku kurang sikit dengan Zura ialah dia ni sangat kuat komplen. Itu je. Yang lain semua perfect. Sebab dia ni trendy, senang bawak borak dan open minded. Tak macam kebanyakkan budak perempuan lain yang langsung tak terbuka bila aku nak sembang topik-topik berat. Since aku ada teman perempuan nak berborak ni, hidup aku macam ceria sikit lah. Silap-silap dia jadi makwe aku ke nanti, siapa tahu?

Ok, itu agak mustahil. Kenapa? Even Zura cakap aku ni kawan lelaki dia yang paling rapat (was that mean that I am friendzoned?) , hari-hari mesti ada je orang nak mengorat dia. Maklumlah macam tu punya lawa. By now, dia tengah angau dengan seorang budak lelaki yang bekerja satu mall dengan tempat kerjanya sekarang iaitu di MPH. Menurut Zura, budak lelaki tu pun macam melayan je dia so harapan dia terhadap budak lelaki tu makin memuncaklah. Tipulah kalau aku cakap aku tak jealous, dan tipulah kalau aku cakap aku tak insecure bila dia cakap budak tu sweet, tough semua. Aku ni dah la kurus keding, tak romantis. Siapa je nak? Dah la kena friendzone, kau tak nampak tahap loser dia macam mana?

Zura : Hey
Zura : Tk balik lagi?
Zura : I'll wait, okay. Hv something to share ^_^
Zura : Cepatlah balikkk :(((

Lagi 2 mesej dari 29 tadi pula datangnya dari Raina. Apa dia nak dengan aku ni? Bukan ke orang yang ada pakwe sepatutnya tak perlu nak mesej lelaki lain?

Raina : OT ke? Asal x online?
Raina : Siann :P

Dah kenapa semua orang cari aku hari ni? Pertama sekali of course aku akan balas mesej Zura, diikuti dengan Raina dan Hans last. Ladies first, kan? Yang mesej group chat tu lantaklah.

Muncul lagi satu notification, kali ini datangnya dari Instagram.

AriaNabilla32 followed you

Baru aku teringat. Aria Nabilla.

****

"Can I have your number or something?" kata aku, dengan keberanian yang entah datang dari mana pun aku tak tahu. Selamba je pergi mintak nombor awek.

"Don't you think it's too soon for me to give you my phone number?" dia menolak tegas, tapi dengan penuh polite. Aku tak membantah, lagipun memang betul pun. Takkan baru kenal sejam dua dah nak kasi phone number kan?

"Okey, I tell you what. Aku kasi nama akaun Instagram aku, bila-bila nanti kau carilah aku. I just think that kita kena kenal dulu antara satu sama lain, maksud aku lebih rapat, sebelum aku kasi kau nombor aku. Is that okay?" sambungnya lagi.

"Alright. No prob."

"AriaNabilla32. Double L, okay? Find me soon."

"You too, nama insta aku HarisTurner. Aku yakin kau mesti tau eja Turner macam mana, kan?" aku mengangkat kening.

"Okey, see you soon. Haris." katanya sebelum melambai ke arahku. Dia kemudiannya beredar dari majlis perkahwinan orang kaya itu bersama ibu bapanya.

****

Damn, last-last sekali dia yang cari aku dulu. Bodoh Haris, bodoh!!

No comments:

Post a Comment