Saturday, 3 May 2014

Haris - The Awkward Wedding

Sebenarnya kalau boleh aku nak kenakan baju Spiderman lawan Venom yang aku baru beli kat Uptown minggu lepas je. Tapi lepas kena brainwash dengan mak aku, aku terpaksa tukar baju megah itu dengan sehelai kemeja belang biru yang bagi aku biasa-biasa je. Aku rasa baju Spiderman aku jauh lagi awesome dari kemeja ni, dah la panas. Kata mak aku, wedding yang akan aku pergi ni bukan biasa-biasa punya wedding. Katanya orang astro pun nak datang buat rakaman cerita Raikan Cinta macam yang biasa dilihat kat televisyen. Alah, yang cerita orang kahwin grand tahap gampang sampai para bakal isteri akan cakap "nak macam tu! nak macam tu!" dan para bakal suami hanya mampu menggeleng kepala.

Mulanya aku tak berminat nak ikut diorang ni pergi wedding yang katanya grand bebenar ni, tapi lepas disogok dengan kata-kata "biasanya wedding orang kaya ada chocolate fountain" , aku consider semula keputusan aku. Aku suka coklat. Lagipun manalah tau kalau-kalau orang astro terakam muka aku, tak pun suruh aku bagi speech untuk pengantin ke, kan? Boleh aku berlagak dengan member masa sekolah dulu, Din Habsyah yang bukan main angkuh lagi sebab muka dia ada dalam iklan coklat Cadbury (dia kebetulan berjalan dekat kawasan tu, dan pihak Cadbury Malaysia malas nak sunting balik iklan tu). Lepas tu, Din Habsyah dikagumi rakan-rakannya yang memuji beliau sebagai seorang pelakon tambahan yang berkaliber.

Oh ya, nama aku Haris. Lapan belas tahun. Masih single.

Sepanjang perjalanan pergi ke Putrajaya, aku hanya menyumbat telinga dengan earphone. Suara Alex Turner pantas dan bersahaja mendendangkan lagu The View From The Afternoon. Dalam banyak-banyak lagu Arctic Monkeys, termasuklah album baru mereka iaitu AM, aku rasa lagu ini yang paling mantap pernah mereka cipta. Pernah aku ajak member-member aku jam lagu ni, tapi tak sampai separuh lagu si Alif, drummer handal kami mintak berhenti sebab lenguh nak mati. Aku faham, bukan semua orang boleh challenge Matt Helders. Oh yea, aku ada band sendiri bernama The Rising Rices. Memang nama tu takde makna tapi aku peduli apa.

Sementara aku tengah melayan lagu sambil melihat permandangan dari tingkap, ahli keluarga aku yang lain sedang sibuk membincangkan (membandingkan, lagi accurate) tentang majlis perkahwinan yang bakal kami hadiri ni dengan majlis perkahwinan Kak Peah yang jual pisang goreng dekat tepi simpang tiga di kawasan rumah kami. Dengar cerita Kak Peah punya wedding haritu grand jugak, sampaikan artis popular seperti Faizal AF4 pun datang memeriahkan suasana (Faizal tu member-member pengantin lelaki je, bukan datang buat show pun). Apalah nak bandingkan sangat wedding orang tu wedding orang ni. Majlis resepsi ni niatnya untuk meraikan pengantin yang baru diijab kabul, bukan nak banding lauk wedding mana lagi sedap, pelamin siapa lagi grand, doorgift siapa lagi cantik semua.

Plus, menurut apa yang aku belajar dalam kelas pendidikan agama Islam tahun lepas, bukan ke sepatutnya majlis macam ni sepatutnya dibuat ala kadar je? Nak mengelakkan unsur riyak, bak kata ustazah. Tapi lantaklah, sembang banyak-banyak pun tak guna. Bukan diorang mintak duit aku pun nak kahwin.

Dekat setengah jam macam tu kami pun sampai kat Dewan Seri Siantan, dekat dalam bangunan Perbadanan Putrajaya tu. Kalau dewan pun dah macam ni punya besar, kau bayang dia punya belanja macam mana besar pulak la. And yep, memang aku nampak ada 2-3 orang Astro tengah rakam suasana majlis resepsi tu. Sengaja aku dekatkan diri aku dengan kamera diorang, dan buat-buat macam tak nampak mereka so tak obvious sangat yang memang aku nak masuk tivi. Konon candid lah.

Selepas bersalam-salaman dengan beberapa orang pakcik yang aku sendiri tak kenal, aku pun mencari kalau-kalau ada tetamu yang nak berambus supaya kami sekeluarga tak payah berkongsi meja dengan keluarga lain. Admit it, that situation was awkward. Even mak ayah kau macam tak kisah berkongsi meja, namun jauh di sudut hati kau, kau tetap nak kan privasi. Iyelah, kalau kau duduk semeja dengan orang lain, dibuatnya lauk sedap-sedap dan kau melantak macam orang yang dah 3 tahun tak jumpa nasi minyak, tak ke kau buat orang lain rasa tak selesa dan tinggalkan persepsi buruk kepada kau? Muka je hensem, makan macam orang gila.

Sedang aku tergamam tengok pelamin yang dah macam set penggambaran filem fairytale, mak aku panggil aku. Dah jumpa meja kosong agaknya. And.. it's gone. Ada jugak sepasang suami isteri tengah duduk dekat meja tu. Aduh, spoil betul. Atas dasar tidak mahu menjadi anak durhaka, aku turutkan jugaklah kemahuan ibunda untuk berkongsi meja. Ni aku tak suka orang kaya kalau kahwin. Jemput ramai bukan main, sampai satu kampung nak dijemput, last-last meja pun tak cukup. Hampeh.

Menu yang dihidangkan biasa-biasa je. Memang jadi kebiasaan ke kalau orang kahwin je mesti kena hidang nasi minyak, ayam masak merah dengan daging masak hitam? Air pulak sirap limau. Kata kaya sangat tadi, buatlah kelainan sikit. Aku kalau kaya nanti takde ayam masak merah semua ni, aku kasi chicken chop sorang satu. Okay lame. Sembang kalau memang best. Aku ni pun satu, typical. Orang dah kasi makan free pun nak berdiskriminasi lagi terhadap lauk. Tapi yang aku bengang mak aku tipu aku, beb. Dia cakap ada chocolate fountain, tapi takde. Nasib baik ada ice blended (idea siapa letak booth ice blended free dekat wedding ni. Punyalah pemurah).

Lepas je aku sambar ice blended mocha, aku kembali ke meja kami. Aku lihat pasangan suami isteri itu masih belum beredar. Lama benar diorang kat sini? Mak pengantin ke apa? Jadi aku membuat keputusan untuk menikmati ice blended di luar dewan. Bagus tempat ni, dekat luar dewan ada kerusi-kerusi mewah untuk orang yang bosan dengan majlis resepsi macam aku untuk menenangkan fikiran. Cantik kerusi ni, kalau hisap cerut kat sini mesti tampan bergaya ibarat Al Pacino.

Yang peliknya, dekat dalam dewan bukan main ramai lagi umat berkeliaran nak cari tempat duduk. Tapi dekat sini, tak ramai mana pun. Ada la 4-5 orang mamat katering tengah berehat (ke curi tulang entah) dan seorang hijabster (aku tak nampak dia, dia pandang arah lain) tengah duduk di sofa yang boleh duduk 3 orang. Meskipun tak ramai, tapi aku tengok kebanyakkan kerusi Al Pacino telah diduduki (betul ke ayat tu) oleh orang lain. Hanya kerusi besar hijabster tu je yang masih ada ruang. Dia tengah main phone, mesej pakwe lah tu.

"Mind if I sit here?" soalku penuh macho.

Dia mengalihkan pandangannya kepadaku. Matanya bulat dan punya cahaya di dalamnya. Sementara rupanya putih, tidaklah melepak, tapi tidak juga gelap. Just nice. Kuning langsat bak kata Pak Lan (bapak sedara aku merangkap cikgu BM di Kuantan). Buat seketika, aku tenung matanya dan aku seolah-olah terpaku, tak boleh bergerak dari situ. Macam ada akar di antara kaki aku dan lantai marmar ni.

"You okay?" kata yang keluar dari mulutnya membuatkan aku tercampak keluar dari lamunanku, mengheret aku kembali ke dunia nyata.

"Erm, pardon?"

Dia tersengih tawar. "I said, suit yourself."

"Oh, okay." Punyalah malu. Jauh sangat aku ni berangan sampai tak perasan minah ni dah balas soalan aku tadi.

Dia mengalihkan semula pandangannya di telefon pintarnya itu, sementara aku mengeluarkan earphone dan sambung dengar lagu. Sambil-sambil tu aku scroll timeline Twitter, takde benda menarik. Budak-budak ni pun tidur lagi aku rasa. Maklumlah musim diorang menganggur ni, masing-masing bangun tidur pun pukul 3. Tak macam aku. Aku insan berkerjaya, cuma harini aku off day, so boleh la merayau mana aku suka.

Lagu Arabella berkumandang, secara tidak sengaja aku ikut hum lagu ni. Susah jugak kalau otak dah sebati dengan lagu ni.

"Arctic Monkeys?" Minah hijabster itu tiba-tiba menegur.

Aku tersentak. Minah ni tahu nama band favourite aku? Well, memang aku tahu walaupun Arctic Monkeys ni band indie, tapi diorang punya famous tu mengalahkan band mainstream. But seriously? Hijabster and Arctic Monkeys? Jodoh aku ke apa ni?

Aku cabut earphone di telinga kiri aku lantas menjawab "Ha'ah. Minat ke?"

"Favourite. Aku minat gila rambut vokalis dia tu."

Okey, aku faham kalau perempuan tergila-gilakan Alex Turner tu sebab dia memang hensem pun. Nak-nak lagi lepas rambut dah berpusing-pusing ni. Still better than makwe-makwe yang minat Bieber. Aku tak tau apa masalah aku dengan Bieber sebenarnya, it's just.. like hate in first sight. Apa kau ingat cinta je ada pandang pertama?

"Alex Turner. Aku nak buat rambut macam dia, tapi mamak tu potong jadi lain. Dia cakap muka aku sesuai rambut Adam Levine." aku berseloroh dengan awek yang baru aku kenal tak sampai 10 minit.

Dia ketawa kecil mendengar lawak aku. Gelak ambik hati ke gelak ikhlas tu? Tak sangka, buat lawak hambar pun ada jugak orang nak gelak. Patutlah ramai yang masuk Skool Of Lawak.

Aku sekadar tersenyum macho. "Haris. 18 tahun."

Dia balas senyuman aku, manis. "Aria. Panggil Ya je pun takpe. SPM tahun ni." katanya, menandakan yang umurnya kurang setahun dari aku. Kenapa tak cakap 17 je, kan lagi jelas?

"Family pengantin ke?" aku berusaha melanjutkan conversation. Jangan bikin awkward Ris, jangan bikin awkward.

"Takdelah. Kakak aku dengan pengantin perempuan kira BFF camtu. So bila dia jadi pengapit harini aku rasa macam awkward pulak nak duduk dengan parents aku je. So I prefer to be alone here now."

"Oh, kakak kau ke tu? Patutlah cantik." Padahal aku tak perasan pun rupa pengapit tu macam mana.

"Mestilah, tengok lah adik dia macam mana punya cun." katanya sambil buat gaya flawless. Hebat dia ni. Walaupun baru berkenalan, aku dapat rasa yang dia selesa berborak dengan aku. Damn, aku hensem sangat ke harini?

Sedang kami menikmati saat manis perbualan, dapat aku rasa vibrate pada handphone aku. Ada mesej masuk, dari Mak. Dia ajak balik. "NOT NOWWW" aku memekik dalam hati. Karang pekik kat sini orang syak aku gila pulak.

"Sorry, tapi mak aku dah mesej nak balik dah." Aku dengan hati yang berat bangun dari sofa mewah itu. Why now, mak? Why now?

"Oh, too bad. If that so aku pun nak ajak parents aku balik la. Diorang pun dah lama duduk kat sini, tak bosan ke?" Dia turut mengikut jejakku beredar dari port tadi.

Kami masuk semula ke dalam dewan. Kelihatan pengantin tengah menjalani upacara makan beradab. Yang pengapit lelaki tu apahal bukan main lapar lagi nampaknya? Aku memandang sekilas pengapit perempuan, iaitu kakak kepada Aria (yes, aku suka nama dia dan aku tak nak panggil dia Ya). Memang jelita orangnya, cuma badannya lebih tinggi berbanding Aria. Dah la cantik, tinggi pulak tu. Model ke apa?

"Kalau kau balik sekarang, kakak kau macam mana?" Terlintas di kepala aku nak mengajukan soalan ini kepada Aria.

"Takpe, dia naik kereta lain. Aku datang dengan parents aku je tadi."

Suprisingly, kami berdua duduk di meja yang sama. Terkejut beruk aku. Bukan takat beruk, ungka, tenuk, kongkang juga turut terkejut. "Ni ke parents kau?"

"You know each other?" tanya bakal bapak mertua aku.

No comments:

Post a comment